Friday 26 August 2011

Du'a rabitah..

Ya Allah,

Engkau mengetahui hati-hati ini,

Telah berkumpul kerana mengasihiMu,

Bertemu untuk mematuhi perintahMu,

Bersatu memikul beban dakwahMu,

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat & menyokong
syariatMu,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan,
dan keindahan tawakkal kepadaMu,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan
agamaMu,

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini…

Doa Rabitah Pengikat hati :’)

No comments:

Post a Comment